Ranking Sekolah: SBP Terbaik SPM 2022

Ranking SBP terbaik tahun 2022 berdasarkan keputusan SPM 2022. Senarai lengkap berserta ranking semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2022. Lebih kecil nilai gred purata, lebih bagus pencapaian.

Keputusan keseluruhan negara bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 ialah Gred Purata Nasional (GPN) 4.74, meningkat berbanding GPN 4.86 pada tahun 2021.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), selain Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah merupakan di antara sekolah terbaik dan paling cemerlang di Malaysia. SBP merangkumi Sekolah Menengah Sains, SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Untuk keputusan SPM 2022, SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) Selangor muncul sebagai SBP terbaik dengan pencapaian Gred Purata Sekolah GPS 1.05. Di tangga kedua ialah Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dengan GPS 1.07. Manakala di tempat ketiga ialah Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dengan GPS 1.12.

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM sekolah-sekolah SBP di seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking MRSM Terbaik Berdasarkan SPM 2022.

Ranking SBP Terbaik SPM 2022

Senarai kedudukan Top 30 SBP terbaik berikut ditentukan berdasarkan Gred Purata Sekolah keputusan SPM 2022.

Rank Nama Sekolah GPS 2022
1 SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) 1.05
2 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1.07
3 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1.12
4 Sekolah Seri Puteri (SSP) 1.20
5 Sekolah Tun Fatimah (STF) 1.36
6 Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) 1.38
7 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) 1.42
8 Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1.46
9 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1.48
10 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTi) 1.53
11 Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) 1.55
12 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah 1.58
13 Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) 1.62
14 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) 1.63
15 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1.66
16 SBP Integrasi Kuantan 1.67
17 SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 1.70
18 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) 1.74
19 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 1.74
20 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) 1.75
21 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) 1.76
22 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) 1.76
23 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) 1.87
24 Sekolah Menengah Sains Banting 1.89
25 SM Agama Persekutuan Labu (SMAPL) 1.90
26 SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR) 1.90
27 Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) 1.94
28 Sekolah Menengah Sains Sembrong 2.02
29 SBP Integrasi Kubang Pasu 2.05
30 Sekolah Menengah Sains Kepala Batas 2.11

Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP SPM

Semoga senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik SPM 2022 dan ranking SPM tahun-tahun lepas ini bermanfaat sebagai rujukan ibu bapa dalam memilih sekolah yang paling baik/cemerlang untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.