Semakan Keputusan SPM 2022 Online Dan SMS

Semakan keputusan SPM 2022 secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan SPM 2022 akan diumumkan pada bulan Jun 2023.

Keputusan penuh SPM boleh disemak secara online manakala ringkasan keputusan boleh disemak melalui SMS.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada hari Khamis 8 Jun 2023.

Semakan atau check result SPM boleh dibuat mulai masa tersebut.

Semakan Keputusan SPM Secara Online

Semakan secara dalam talian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dibuka mulai 10.00 pagi hari pengumuman sehingga 14 Jun 2023 jam 6.00 petang.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan SPM melalui pautan berikut:

semakan keputusan SPM 2022

semakan keputusan SPM 2022

Pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2022 oleh KPM

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

Semakan melalui SMS adalah untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM. Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang 14 Jun 2023.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    SPM<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPM  050325035243  WB123A123

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Pastikan Nombor Angka Giliran adalah sepertimana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan RM0.20 untuk penerimaan. Perkhidmatan ini tersedia bagi talian Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Slip Keputusan Dan Sijil Peperiksaan SPM 2022

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada hari yang sama.

Diharap panduan semakan keputusan SPM ini berguna buat para pembaca. Semoga berjaya dan good luck!