Senarai Hotel Berdekatan PWTC

Putra World Trade Centre (PWTC) atau Pusat Dagangan Dunia Putra merupakan tempat pilihan bagi konvensyen, pameran, konsert dan acara berprestij tempatan dan antarabangsa di Malaysia.

Di antara acara-acara yang sering diadakan di PWTC ialah Perhimpunan Agung UMNO (PAU), konvokesyen OUM, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, MATTA Fair, Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan banyak lagi.

Bagi yang datang dari luar KL, tak biasa/ familiar dengan area KL dan mencari-cari penginapan berhampiran PWTC, berikut kami senaraikan hotel-hotel yang berhampiran dengan PWTC.


7 Hotel Paling Dekat Dengan PWTC

Sila rujuk peta di bawah untuk lokasi setiap hotel.

  • Seri Pacific Hotel - hotel bertaraf 5 bintang ini terletak bersebelahan dengan PWTC. Inilah hotel yang paling dekat dengan PWTC. WiFi berbayar, parking percuma tapi petak tak banyak.
  • Sunway Putra Hotel -Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur adalah hotel 5 bintang yang terletak di hadapan PWTC. Cuma 5 minit berjalan kaki menggunakan skybridge. WiFi berbayar, parking percuma.
  • Grand Pacific Hotel - Jarak 10 minit berjalan kaki dari PWTC. Parking percuma.
  • Anum Hotel - Anum Hotel ialah sebuah hotel butik bertaraf 3 bintang yang terletak hanya kira-kira 3 minit berjalan kaki dari PWTC. Free WiFi, parking berbayar (di sebelah hotel).
  • Hotel Sani - hotel ini bertaraf 3 bintang, jarak 5 minit berjalan kaki ke PWTC. Terletak berhampiran Hotel Anum. Wifi percuma di tempat awam.
  • Wira Hotel - bertaraf 3 bintang, 5 minit berjalan kaki ke PWTC. WiFi percuma, parking percuma di basement.
  • Leo Palace Hotel - 5 minit berjalan kaki ke PWTC. WiFi percuma.

lokasi hotel berhampiran PWTC Sila klik untuk peta yang lebih besar dan jelas

Hotel Sunway Putra dan Hotel Seri Pacific harganya melebihi RM200 satu malam, sesuai dengan mereka yang pentingkan keselesaan dan berbajet besar. Bagi low budget traveller atau mereka yang inginkan harga yang lebih berpatutan/ murah, Grand Pacific Hotel, Anum Hotel, Sani Hotel, Wira Hotel atau Leo Palace Hotel mungkin lebih sesuai.

Semoga senarai hotel di atas dapat membantu anda mencari penginapan di sekitar PWTC.

Entri berkaitan: