Semakan Keputusan Ambilan Kedua Dan Rayuan Matrikulasi Sesi 2016/2017

Keputusan calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2016/2017. Semakan boleh dibuat secara online atau SMS mulai 18 Jun 2016 jam 12.00 tengahari sehingga 30 Jun 2016.

Hanya pelajar lepasan SPM 2015 yang telah membuat rayuan sebelum tarikh tutup pada 28 April 2016 boleh menyemak keputusan.


Semak Keputusan Rayuan / Ambilan Kedua Matrikulasi Secara Online

Semakan keputusan Rayuan / Ambilan Kedua Matrikulasi secara online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di halaman aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi Ambilan Kedua, di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/


Semak Tawaran Ambilan Kedua Matrikulasi melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Rayuan / Ambilan Kedua Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS:

semakan keputusan ambilan kedua rayuan matrikulasi 2016

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAR<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAR  970325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2016/2017, hendaklah mencetak dokumen berkenaan dan bawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 23 Jun 2016.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844083 untuk sebarang pertanyaan, atau layari laman web rasmi KPM di pautan http://www.moe.gov.my.

Semoga berjaya dan good luck!