Kadar Harga Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Kutipan tol LPT2 akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam 15 Julai 2016.

LPT2 adalah lebuhraya sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Gemuroh di Terengganu. Ia merupakan lebuh raya empat lorong dua hala, dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat serta dua hentian sebelah.

Terdapat 10 buah plaza tol di sepanjang LPT2, iaitu di Cheneh, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Kuala Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan Kuala Terengganu.


Kadar Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Jumlah bayaran tol yang dikenakan adalah berdasarkan jarak perjalanan. Senarai kadar harga tol LPT2 adalah seperti berikut. Kami akan mengemaskini kadar tol sebaik sahaja ia diumumkan.

[Terkini] Berkuatkuasa pada 1 Februari 2020, bayaran tol untuk kenderaan penumpang, teksi dan bas (iaitu kelas 1, 4 dan 5) di semua lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad akan diturunkan sebanyak 18%. Harga selepas penurunan akan dikemaskini kemudian.

KELAS JENIS KENDERAAN KADAR TOL (sen/km)
Kelas 1 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas) 12 sen
Kelas 2 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas) 24 sen
Kelas 3 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas) 36 sen
Kelas 4 Teksi 6 sen
Kelas 5 Bas 12 sen