Lafaz Niat Ganti/Qadha Puasa Ramadan

Niat ganti puasa Ramadhan. Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas, cepat-cepatlah berbuat demikian. Kalau tidak habis diganti (qadha) sebelum bermula puasa Ramadan tahun ini, alamatnya kena bayar fidyah la lepas ni.

Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa dan cara melaksanakannya adalah mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.

[Baharu] Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia Dan Singapura


Niat Puasa Ganti

Untuk panduan anda yang akan mengganti puasa, berikut adalah lafaz* niat qadha puasa dalam bahasa Arab, bersama sebutan dalam tulisan Rumi, serta terjemahan/maksud dalam Bahasa Melayu.

*Melafazkan/menyebut niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaitu souma ghadin 'an qadhaa in fardha ramadhaana lillahi ta'aalaa

Maksud niat:

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Puasa Ganti Dan Puasa Sunat Serentak

Puasa ganti dan puasa sunat boleh diniatkan serentak (yakni digabungkan). Namun lebih afdhal jika dilakukan secara berasingan.

Berikut adalah contoh niat puasa qadha serentak dengan puasa enam di bulan Syawal:

Sahaja aku puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Ta'ala.

Wallahu a'lam.