Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2020 / 1441H Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Ramadan 2020M/1441H Malaysia dan Singapura. Berikut adalah jadual waktu imsak (sahur) dan berbuka puasa / iftar bagi negeri-negeri seluruh Malaysia dan Singapura, bagi bulan Ramadhan tahun 2020 Masihi bersamaan 1441 Hijrah untuk panduan umat Islam.

[Baharu] Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2021/1442H Malaysia

Untuk memudahkan pembaca, jadual ini diolah ke dalam bentuk teks yang mobile responsive dan mesra smartphone. Takwim bagi Malaysia adalah berdasarkan data oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala bagi Singapura oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Waktu puasa bermula dari terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib). Waktu Imsak ialah waktu peringatan/berjaga-jaga bahawa masa untuk sahur sudah hampir tamat. Di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia, waktu imsak ditetapkan 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Disamping menunaikan puasa wajib disiang hari, Ramadhan mubarak hendaklah dimeriahkan dengan ibadat solat sunat Tarawih, tadarus Al-Quran dan bersedekah.

Bulan Ramadhan juga adalah masa untuk menunaikan zakat fitrah. Bagi mengekalkan social distancing sempena PKP, anda digalakkan membayar zakat fitrah secara online ataupun menggunakan mobile app. Sila semak kadar zakat serta saluran pembayaran online / aplikasi mobile di sini.

jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2020

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 2020 Malaysia

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 1441H/2020 bagi setiap negeri di Malaysia sepertimana disiarkan oleh JAKIM.

Jika anda hanya ingin menyemak waktu berbuka puasa hari ini (dan waktu imsak hari ini), adalah lebih senang anda gunakan widget waktu solat.

Klik pautan bagi negeri pilihan anda untuk menyemak jadual berbuka puasa dan imsak untuk semua zon/kawasan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 2020 Singapura

Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh Singapura sepertimana diumumkan MUIS.

Untuk adik-adik yang baru nak belajar ibadah puasa bolehlah mula menghafal Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa.

Selamat berpuasa untuk semua pembaca Muslim. Jagalah pemakanan di bulan Ramadan ini untuk kekal sihat, ceria dan bersemangat.

Ramadan mubarak. Sila share dan uar-uarkan.