Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2022/1443H

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak negeri Selangor bagi Ramadhan 2022M / 1443H, sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam yang menetap di Selangor mendapatkan maklumat yang tepat bagi waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) dalam menjalani ibadah puasa.

Untuk semakan waktu berbuka puasa, waktu imsak serta waktu-waktu solat hari ini, sila gunakan widget waktu solat yang kami sediakan.

[Baharu] Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2023M/1444H

Disamping menunaikan puasa wajib disiang hari, hidupkan bulan Ramadhan mubarak ini dengan memperbanyakkan sedekah, tadarus Al-Quran dan solat sunat Tarawih.

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2022 Negeri Selangor

Berikut adalah poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh negeri Selangor bagi Ramadan tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah.

Jadual berbuka puasa ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan berbuka. Waktu berbuka puasa dan imsak di negeri Selangor terbahagi kepada 3 zon iaitu:

  • ZON 1: Daerah Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam
  • ZON 2: Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor
  • ZON 3: Daerah Klang dan Kuala Langat

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1443H 2022M Selangor

Jadual imsak dan berbuka puasa Selangor 2022. Klik untuk gambar yang lebih besar dan jelas

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2022/1443H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Selangor ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.