Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2022/1443H

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Terengganu sepanjang bulan Ramadhan 1443H / 2022M, sepertimana diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim berbuka puasa & imsak ini diharap dapat membantu umat Islam Terengganu mendapatkan maklumat yang tepat waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) dalam menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan.

[Baharu] Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2023/1444H

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2022 Negeri Terengganu

Berikut adalah poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh kawasan negeri Terengganu bagi bulan Ramadan tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Jadual berbuka dan imsak ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan waktu berbuka puasa. Negeri Terengganu terbahagi kepada empat zon waktu:

  • ZON 1: Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus
  • ZON 2: Daerah Setiu dan Besut
  • ZON 3: Daerah Hulu Terengganu
  • ZON 4: Daerah Kemaman dan Dungun

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1443H 2022M Terengganu

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Fail pdf jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 2022 / 1443H bagi seluruh kawasan negeri Terengganu boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2022/1443H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Terengganu ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.