Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Permohonan ke Tahun Satu bagi kemasukan 2019 dan 2020. Pendaftaran murid Darjah Satu ambilan tahun 2019 dan 2020 boleh dilakukan secara online bagi seluruh negeri di Malaysia (negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

[Baharu] Pendaftaran Murid Tahun 1 2021 & 2022 Secara Online


Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 akan dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2018.

  • Kemasukan tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
  • Kemasukan tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

Perhatian Kepada Permohonan Sekolah Di Putrajaya

Menurut Jabatan Pendidikan WP Putrajaya, permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, hendaklah di semak kembali kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon.


Cara Mendaftar Murid Tahun 1 Sesi 2019 / 2020

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar pelajar tahun 1:

  1. Layari laman SPAT di pautan berikut:

    https://public.moe.gov.my

  2. Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

    Bagi pengguna SPATKPM yang baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini menggunakan ID Pengenalan penjaga.

  3. Isi borang pemohonan pendaftaran. Antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
  4. Cetak borang yang telah lengkap diisi untuk tujuan pengesahan.
  5. Selepas 14 hari permohonan, ibu bapa hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan. Bawa juga dokumen-dokumen berikut (dokumen asal serta 1 salinan):
    • Sijil lahir anak / sijil anak angkat
    • Bukti alamat tempat tinggal – samada bil elektrik, bill air, bil telefon
    • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
    • Surat nikah / surat cerai
    • Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)
    • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

pendaftaran tahun 1 2019 2020


Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020

Semakan keputusan pendaftaran murid darjah satu biasanya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.

Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Jika tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan.

Semoga maklumat pendaftaran murid tahun satu ini bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan.