Semakan Keputusan MUET Sesi November 2017

|  0 comments

Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi November 2017 boleh dibuat mulai 5 Januari 2018. Calon boleh menyemak secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.

[Baharu] Permohonan UPUOnline ke UA/IPTA Bagi Sesi 2018/2019


Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET sesi November 2017 akan diaktifkan bermula jam 10:01 pagi 5 Januari 2018 sehingga 6:00 petang 4 Februari 2018.

semakan keputusan MUET November 2017[2]

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  970325035143

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima boleh memohon untuk semakan semula.

Rayuan semak semula keputusan MUET boleh dibuat secara online di pautan berikut:

webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

Permohonan rayuan penyemakan semula dibuka bermula dari tarikh keputusan ujian MUET diumumkan dan ditutup seminggu selepas tarikh tersebut.

Semoga maklumat mengenai semakan keputusan MUET secara online dan SMS ini berguna buat para pembaca.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel