Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021

ePrasekolah 2021. Ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia sekitar 3-5 tahun bolehlah bersiap-sedia untuk mendaftar prasekolah anak anda untuk kemasukan tahun 2021.

Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2021 boleh dilakukan secara dalam talian atau secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Tarikh Permohonan Prasekolah 2021

Tempoh permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2021 adalah seperti berikut:

  • Permohon atas talian: Mulai 1 Mac hingga 30 April 2020
  • Permohonan secara manual: Mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2020

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.

Permohonan Prasekolah 2021 Online

Pendaftaran Prasekolah boleh dibuat dengean mengisi borang Prasekolah 2021 secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem e-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman ePrasekolah di pautan berikut:

    https://eprasekolah.moe.gov.my/

  2. Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

    Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Klik pada pautan “Daftar Pengguna” untuk mendaftar.

  3. Isi Borang Permohonan Prasekolah. Antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat pemohon, ibu bapa serta tanggungan, dan sekolah yang dimohon. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu sekolah sahaja.
  4. Hantar permohonan (secara online) sebelum 30 April 2020.
  5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dihantar hendaklah dicetak.
  6. Cetakan permohonan berserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2020 untuk proses perakuan/pengesahan permohonan oleh pihak sekolah.
  7. Semak keputusan permohonan secara online.

permohonan eprasekolah

Permohonan Prasekolah 2021 Secara Manual

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar murid Prasekolah secara manual:

  1. Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  2. Lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2020.
  4. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dimohon.

Ibu bapa / penjaga boleh merujuk manual pengguna untuk panduan proses permohonan dalam talian, proses permohonan secara manual, serta panduan terperinci cara menggunakan Sistem Permohonan e-Prasekolah.

Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah 2021

Semakan keputusan permohonan murid Prasekolah tahun 2021 boleh dibuat mulai 5 Ogos 2020 (tertakluk kepada pindaan).

Untuk permohonan secara online, semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my. Manakala untuk permohonan secara manual, semakan hendaklah dibuat melalui sekolah yang dimohon.

Bagi permohonan online yang berjaya, pemohon perlu mencetak surat tawaran dan membawanya ke sekolah pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tersebut.

Rayuan Prasekolah 2021

Bagi permohonan yang tidak berjaya, permohonan rayuan akan dibuka mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2020 (tertakluk kepada perubahan).

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman ePrasekolah atau melalui sekolah yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.

Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.

Semoga maklumat pendaftaran murid Prasekolah ini bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan.