Intipati Manifesto Gagasan Sejahtera PRU14

Manifesto Gagasan Sejahtera (GAGASAN) untuk PRU14 2018. Manifesto GAGASAN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 “Malaysia Sejahtera” mengandungi 9 teras penting dan mengemukakan 20 tawaran utama.

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) terdiri dari gabungan 3 parti politik iaitu PAS, IKATAN dan BERJASA.

Hari mengundi PRU14 hampir tiba. Bagi pengundi berdaftar, sila semak daftar pemilih untuk mengetahui status terkini lokasi mengundi, saluran serta butiran lain.


9 Teras Manifesto GAGASAN PRU-14

manifesto Malaysia Sejahtera

Berikut adalah 9 teras penting / polisi umum Manifesto GAGASAN untuk tatapan pembaca.

  1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi.
  2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat.
  3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.
  4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.
  5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang.
  6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah.
  7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.
  8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi.
  9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.


Intipati Manifesto GAGASAN PRU 14

Berikut adalah 20 tawaran utama yang terkandung di dalam manifesto Gagasan Sejahtera meliputi semua segmen rakyat Malaysia:

  1. Menghapuskan Goods and Services Tax (GST) yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.
  2. Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
  3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program lt'aam Kebangsaan.
  4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan keria dari rumah.
  5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu-bapa.
  6. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.
  7. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
  8. Mengembalikan sistem kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar.
  9. Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  10. Membantu kerajaan-kerajaan negeri membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
  11. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).
  12. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
  13. Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
  14. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
  15. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus yang berkonsepkan "Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI).
  16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga FELDA.
  17. Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
  18. Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokallti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
  19. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
  20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Untuk perincian teras dan inisiatif, sila rujuk manifesto penuh “Manifesto Malaysia Sejahtera” dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun di sini (59 MB).