Semak Daftar Pemilih (undi) Secara Online Dan SMS [Terkini]

|  1 comments

Pilihan raya umum ke13 (PRU 13) dah dekat. Kalau anda seorang pengundi berdaftar sekarang adalah masanya untuk membuat semakan status daftar pemilih dan lokasi mengundi anda. Cara nak semak senang jer, anda boleh semak secara online atau dengan SMS. 


Semakan daftar pemilih secara online

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menyediakan satu laman web yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menyemak Daftar Pemilih dan lokasi mengundi di atas talian. Apa yang anda perlu dibuat ialah:

  1. Lawat laman web Semakan Daftar Pemilih SPR. semakan daftar pemilih undi pru13
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pengundi ke dalam kotak yang disediakan.
  3. Klik butang Semak.

Maklumat yang diberikan dalam keputusan semakan termasuk lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan negeri.

Anda juga boleh melawat laman web Sistem Semakan Daftar Pemilih Untuk Isi Rumah untuk  menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak.


Semak daftar pemilih menggunakan SMS

Ikuti langkah-langkah di bawah menggunakan telefon bimbit anda:

  1. Taip SPR SEMAK [No. Kad Pengenalan]
    Contoh: SPR SEMAK 821220122222
  2. Hantarkan kepada 15888

Ingat undi anda adalah rahsia, selamat mengundi!

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

1 comment :

  1. da chek..
    x sbr la mengundi ni..
    undi adalah rhsia..
    hihi

    ReplyDelete