Tarikh Mengundi PRU14 2018

Tarikh PRU 14 - tarikh mengundi dan penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 2018. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan secara rasmi tarikh-tarikh penting berkaitan PRU-14 seperti tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal dan tarikh mengundi.


Tarikh Penting Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

  • Tarikh Keluar Writ : 11 April 2018 (Rabu)
  • Tarikh Penamaan Calon : 28 April 2018 (Sabtu)
  • Tarikh Mengundi Awal : 5 Mei 2018 (Sabtu)
  • Tarikh Mengundi : 9 Mei 2018 (Rabu)

Tempoh berkempen PRU14 yang ditetapkan adalah 11 hari, bermula pada hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59 malam 8 Mei 2018.

Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih terkini secara online atau SMS untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mulai 16 April 2018. Semakan juga boleh dibuat dengan menelefon ke talian 03-88927018.

tarikh mengundi PRU14 1

tarikh mengundi PRU14 2

tarikh mengundi PRU14 3

tarikh mengundi PRU14 4

Jom marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara!

Sumber: Facebook page PRU14 SPR