Koleksi Soalan Percubaan Matematik Tambahan SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Matematik Tambahan SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Matematik Tambahan (Add Maths) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Matematik Tambahan SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Matematik Tambahan dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018, 2019 dan 2020 bagi mata pelajaran Add Maths ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Matematik Tambahan SPM 2020

Soalan Percubaan Matematik Tambahan SPM 2019

Soalan Percubaan Matematik Tambahan (Add Math) SPM 2018

soalan percubaan trial Matematik Tambahan SPM

Format Dan Pemarkahan Matematik Tambahan SPM

Subjek Matematik Tambahan SPM terbahagi kepada dua kertas iaitu Kertas 1 (kod 3472/1) dan Kertas 2 (kod 3472/2).

  • Kertas Matematik Tambahan 1 (3472/1) mengandungi 25 soalan pendek yang perlukan penyelesaian di ruangan jawapan yang disediakan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. Kertas ini berjumlah 80 markah.
  • Kertas Matematik Tambahan 2 (3472/2) mengandungi 15 soalan yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian, seperti berikut:
    • Bahagian A: Mengandungi enam soalan sederhana panjang dari pakej teras sukatan pelajaran. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian ini. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 40 markah.
    • Bahagian B: Mengandungi lima soalan panjang dari pakej teras sukatan pelajaran. Calon dikehendaki memilih empat soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 40 markah.
    • Bahagian C: Mengandungi empat soalan panjang dari pakej aplikasi sukatan pelajaran. Calon dikehendaki menjawab mana-mana dua soalan. Jumlah markah maksimum bahagian ini ialah 20 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Matematik Tambahan SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para calon mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Baca juga:

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.