Koleksi Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Pendidikan Islam SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Pendidikan Islam (PAI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Pendidikan Islam SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Pendidikan Islam dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM bagi mata pelajaran PAI ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2020

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2019

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2018

soalan percubaan trial Pendidikan Islam SPM

Format, Cakupan Dan Pemarkahan Pendidikan Islam SPM

Subjek Pendidikan Islam SPM terdiri dari dua kertas iaitu Kertas 1 (kod 1223/1) dan Kertas 2 (kod 1223/2).

  • Kertas 1 (1223/1) merangkumi ibadah, akidah, akhlak Islamiah, tamadun Islam dan tokoh. Ia dipecahkan kepada bahagian A - soalan objektif aneka pilihan (20 markah) dan isi tempat kosong (20 markah), dan bahagian B - soalan subjektif (60 markah).
  • Kertas 2 (1223/2) pula merangkumi ayat kefahaman, ayat hafazan, hadis kefahaman, tajwid dan kemahiran jawi. Ia mengandungi lima soalan subjektif (20 markah setiap satu soalan).

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Pendidikan Islam SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para calon mengulangkaji dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal - banksoalanspm.com, sumberpendidikan.com, umat66.blogspot.com dan lain-lain.

Baca juga: