Koleksi Soalan Percubaan Sains SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Sains SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Sains (Science) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Sains SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Sains dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018, 2019 dan 2020 bagi mata pelajaran Science ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Sains SPM 2020

  • Kelantan (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Terengganu (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan)
  • Pahang (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Kedah (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Perlis (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Pulau Pinang (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Perak (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Selangor (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Negeri Sembilan (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Melaka (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Johor (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Sarawak (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)
  • Sabah (Kertas 1, Kertas 2, Jawapan 1, Jawapan 2)

Soalan Percubaan Sains SPM 2019

Senarai Soalan Trial Sains SPM 2018

soalan percubaan trial Sains Science SPM

Format Dan Pemarkahan Sains SPM

Subjek Sains SPM terbahagi kepada dua kertas iaitu Kertas 1 (kod 1511/1) dan Kertas 2 (kod 1511/2).

  • Sains Kertas 1 (1511/1) mengandungi 50 soalan objektif aneka pilihan dan aneka gabungan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Markah penuh Kertas 1 ialah 50 markah.
  • Sains Kertas 2 (1511/2) merupakan ujian subjektif yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 70 markah. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
    1. Bahagian A: Mengandungi 4 soalan berstruktur berkenaan kemahiran proses sains. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 20 markah.
    2. Bahagian B: Mengandungi 5 soalan struktur berkenaan pengetahuan / pemahaman. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 2 soalan. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 30 markah.
    3. Bahagian C: Mengandungi 3 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab 2 soalan – soalan eksperimen no.10 dan satu soalan samada no.11 atau 12. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 20 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Sains SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.