Format Pentaksiran Bahasa Melayu (Kod 1103) SPM Mulai 2021

Format baharu instrumen/soalan subjek Bahasa Melayu (kod 1103) bagi peperiksaan SPM mulai 2021. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format baharu pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2021 bagi mata pelajaran akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Berikut adalah penerangan mengenai perkara, cara dan bentuk perlaksanaan pentaksiran menggunakan format baharu bagi subjek Bahasa Melayu serta contoh-contoh soalan.

Format Pentaksiran Bahasa Melayu SPM 2021

Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan empat instrumen iaitu:

  • 1103/1 - Bahasa Melayu Kertas 1 (Kemahiran Menulis)
  • 1103/2 - Bahasa Melayu Kertas 2 (Kemahiran Membaca)
  • 1103/3 - Bahasa Melayu Kertas 3 (Kemahiran Bertutur)
  • 1103/4 - Bahasa Melayu Kertas 4 (Kemahiran Mendengar)

Jadual berikut menerangkan mengenai format instrumen serta pemarkahan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM mulai tahun 2021. Jadual menyatakan jenis instrumen (ujian bertulis / ujian lisan / kerja kursus), jenis item (objektif / subjektif / tugasan), bilangan soalan, jumlah markah, tempoh ujian, konstruk, cakupan konteks, aras kesukaran dan kaedah penskoran bagi setiap kertas.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

format baharu pentaksiran bahasa melayu SPM 2021

format baharu pentaksiran bahasa melayu SPM 2021

format baharu pentaksiran bahasa melayu SPM 2021

Contoh-contoh Soalan Bahasa Melayu SPM 2021

Soalan-soalan contoh bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1), Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2), Bahasa Melayu Kertas 3 (1103/3) dan Bahasa Melayu Kertas 4 (1103/4) untuk SPM mulai tahun 2021 boleh didapati di dalam buku format pentaksiran yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini boleh dimuat turun di pautan ini.

Semoga maklumat tentang format dan contoh instrumen SPM 2021 ini dapat membantu para calon, ibu bapa dan guru dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM nanti.