Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2019

Semakan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2019. Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan keluar pada tarikh 25 Februari 2020. Calon-calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Keputusan STPM boleh juga disemak secara online atau melalui SMS bermula pada tarikh tersebut.

[Baharu] Semakan Keputusan STPM 2020


Semakan Keputusan STPM Secara Online

Calon boleh meyemak keputusan STPM secara online dengan melayari halaman semakan keputusan STPM di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 12.00 tengahari 25 Februari 2020 di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/stpmK


Semakan Keputusan STPM Melalui SMS

Semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan mySMS. Servis ini akan diaktifkan bermula jam 12:00 tengahari pada hari yang sama.

Keputusan STPM 2019

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan keseluruhan STPM 2020 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: STPM  RESULT  910325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.