Koleksi Soalan Percubaan Tasawwur Islam SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Tasawwur Islam SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Tasawwur Islam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Tasawwur Islam SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Tasawwur Islam dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM bagi mata pelajaran Tasawwur Islam ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Tasawwur Islam SPM 2020

Senarai Soalan Percubaan Tasawwur Islam SPM 2019

Soalan Percubaan Tasawwur Islam SPM 2018

soalan percubaan trial Tasawwur Islam SPM


Format Dan Pemarkahan Tasawwur Islam SPM

Subjek Tasawwur Islam SPM terdiri dari dua kertas iaitu Kertas 1 (kod 5226/1) dan Kertas 2 (kod 5226/2).

  • Kertas 1 (5226/1) dipecahkan kepada bahagian A - mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan (20 markah), dan bahagian B - mengandungi 20 soalan respons terhad (20 markah). Calon perlu menjawab semua soalan dalam masa 1 jam 15 minit. Markah penuh Kertas 1 ialah 40 markah.
  • Kertas 2 (5226/2) pula mengandungi 7 soalan subjektif. Pelajar perlu menjawab 5 soalan sahaja dalam masa 2 jam 30 minit. Setiap soalan diperuntukkan 20 markah. Jadi markah penuh untuk Kertas 2 ialah 100 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Tasawwur Islam SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para calon mengulangkaji dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal - tokburong.wordpress.com dan lain-lain.