Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2026
Jadual dan tarikh gaji 2026 penjawat awam. Gaji kakitangan kerajaan persekutuan lazimnya dibayar pada penghujung bulan dengan cara dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2026 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam persekutuan ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.
Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2026
Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.
| Bulan | Tarikh Gaji | Hari | Catatan |
|---|---|---|---|
| Jan | 22.01.2026 | Khamis | --- |
| Feb | 12.02.2026 | Khamis | Tahun Baru Cina - 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu) |
| Mac | 16.03.2026 | Isnin | Hari Raya Puasa - 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) |
| Apr | 20.04.2026 | Isnin | --- |
| Mei | 21.05.2026 | Khamis | Hari Raya Haji - 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis) |
| Jun | 25.06.2026 | Khamis | --- |
| Jul | 23.07.2026 | Khamis | --- |
| Ogo | 24.08.2026 | Isnin | --- |
| Sep | 24.09.2026 | Khamis | --- |
| Okt | 22.10.2026 | Khamis | --- |
| Nov | 25.11.2026 | Rabu | Hari Deepavali - 8 November 2026 (Ahad) |
| Dis | 21.12.2026 | Isnin | Hari Krismas - 25 Disember 2026 (Jumaat) |

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 5 Tahun 2025 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026, yang boleh dimuat turun di pautan ini.
Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.
Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.