Kadar Zakat Fitrah 2026 / 1447H Setiap Negeri
Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2026 Masihi / 1447 Hijrah. Kadar bayaran zakat fitrah untuk seorang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan harga semasa satu gantang Baghdad (bersamaan 2.6 kg atau 2.7 kg bergantung kepada negeri) beras. Kebanyakan negeri menetapkan beberapa kadar yang berbeza berdasarkan jenis beras yang dimakan.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil fitrah yang dilantik atau dibayar terus ke Majlis Agama Islam Negeri masing-masing samada bayar di kaunter, secara online atau melalui aplikasi telefon bimbit.
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2026M/1447H
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2026M/1447H.
| MalaysiaTercinta.com | |
|---|---|
| Negeri | Kadar |
| Kelantan | RM10.00, RM22.00 |
| Terengganu | RM10.00, RM20.00 |
| Pahang | RM8.00, RM14.00, RM21.00 |
| Perlis | RM9.00 |
| Kedah | RM9.00, RM15.00, RM23.00 |
| Pulau Pinang | RM10.00, RM15.00, RM25.00 |
| Perak | RM10.00, RM16.00, RM25.00 |
| Selangor | RM8.00, RM16.00, RM25.00 |
| Negeri Sembilan | RM7.50, RM12.00, RM20.00 |
| Melaka | RM8.00, RM15.00, RM22.00 |
| Johor | RM8.00, RM12.00, RM20.00 |
| Sabah | RM7.50, RM15.00 |
| Sarawak | RM7.50 |
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan | RM8.00, RM15.00, RM25.00 |
Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:
- RM7.50/RM8/RM9/RM10 – Beras Tempatan
- RM12/RM14/RM15/RM16 – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi
- RM20/RM21/RM22/RM23/RM25 – Beras Basmathi, Beras Herba Ponni, Beras Jepun, Beras Merah
Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.