Panduan Aqiqah dan Korban di Kemboja

|  0 ulasan

Assalamualaikum, majoriti ulama dan Imam Syafie berpendapat hukum ibadah korban (qurban) dan akikah (aqiqah) adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur, mengeratkan hubungan kasih sayang dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, membentuk jiwa yang ikhlas, dan membuktikan ketakwaan kita kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kauthar : Ayat 1-2, ertinya:

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).


Kenapa Kemboja?

Masyarakat Melayu Islam Kemboja merupakan kaum minoriti yang hidup dengan serba kekurangan di Kemboja. Mereka adalah saudara seagama dan sebangsa, dan mereka hidup susah bukan atas pilihan mereka sendiri. Mereka dilahirkan miskin di dalam persekitaran yang cukup daif. Sebahagian besar orang Melayu Kemboja bekerja sebagai nelayan, petani atau peniaga kecil, yang berpendapatan harian antara RM5-RM10. Dikatakan sebahagian besar umat Islam Kemboja hanya dapat makan daging setahun sekali.

[Update] Bermula 2015, ibadah korban dan aqiqah telah dikembangkan ke Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dan juga Asia Tengah.

qurban dan aqiqah Equrban bukan EZ qurban

korban dan aqiqah online kemboja

Alangkah baiknya jika kita dapat membantu setakat yang mampu untuk meringankan beban, menceriakan dan memulihkan semangat mereka. Korban dan aqiqah di Kemboja adalah salah satu cara terbaik untuk kita menyumbang. Ibadah-ibadah ini kita akan lakukan juga bila sampai masanya, jadi kenapa tidak kita lakukan dan pada masa yang sama membantu saudara kita di sana? Jumlah ni tak sebesar mana bagi kita tapi besar erti dan menfaatnya buat mereka.


Melakukan ibadah korban di Kemboja

Untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini, eQurban.com (jangan tertukar dengan EZ Qurban) menyediakan program Aqiqah & Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu.

Berikut adalah senarai harga untuk tahun 2015:

  • 1 Bahagian Lembu – RM320
  • 1 Ekor Kambing – RM580

Lembu-lembu untuk korban ini diternak sendiri di ladang eQurban di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Pesanan boleh dibuat sepanjang tahun secara online. Tarikh tutup pesanan ibadah korban ialah 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha setiap tahun.

Cara membuat pesanan Korban Kemboja secara online :

  1. Layari laman web eQurban.
  2. Klik samada butang tempahan Program Qurban atau Program Aqiqah.
  3. Pilih samada Tempah Kambing atau Lembu.
  4. Buat bayaran secara online atau di kaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan.
  5. Isi borang tempahan dengan nama, email, no telefon, nama peserta Korban/Aqiqah, serta lokasi sembelihan.
  6. Sertakan bukti pembayaran dan akhir sekali tekan butang "Hantar Tempahan".

Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu atau kambing yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.

Program korban dan aqiqah secara online ini terbuka kepada semua umat Islam, organisasi, masjid dan surau di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan seluruh dunia. Semoga amalan ini mendapat pahala, keberkatan dan ganjaran hebat dari Allah SWT.

korban aqiqah online

Klik banner untuk membuat tempahan sekarang.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top