Taiping: Ansari Famous Cendol

|  4 ulasan

Hari kedua di Taiping pagi-pagi lagi kami ronda-ronda ke Taman Tasik Taiping. Cuacanya sejuk dan lembab macam baru lepas hujan, perkara biasa di sini sebab Taiping kan menerima hujan hampir 320 hari setahun. Kami sarapan pagi di cafe sebelah McDonald's, tak ingat apa nama cafe tu. Not bad makanan kat situ.

Lepas Taman Tasik Taiping kami ke Muzium Perak. Lama juga pusing-pusing dalam muzium, habis semua binatang yang di awet  nak di ambil gambar. Lepas tu singgah kat Zoo Taiping. Tak jadi masuk sebab harga terlalu mahal: RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Laipun kami ni takde la teruja sangat nak tengok binatang-binatang yang diambil dari habitat semulajadi dan diletak dalam persekitaran buatan manusia.

kereta jenazah muzium Perak

 Muzium Perak: Kereta jenazah lama pun ada...nombor pendaftaran lawa

Keluar muzium kami pergi cari cendol. Kiranya ada dua jenama cendol yang famous di Taiping iaitu Bismillah Cendol dan Ansari Famous Cendol. Kalau cuba kedua-dua nanti kang penyakit kencing manis, jadi pilih satu - Ansari Famous Cendol. Senang saja nak ke sana, masuk Jalan Barrack lepas tu belok kiri ke Jalan Chung Thye Phin, kedai cendol sebelah kanan jalan.

Asalnya nak order cendol + kacang + pulut, tapi tokey cakap pulut "tarak", jadi kami order cendol campur kacang. Rasanya lemak manis, tapi manis gula biasa bukan manis gula melaka. Santannya cair, rasanya flat dan cendolnya terlalu lembut, macam jelly. Mungkin ramai yang suka jelly-like cendol tapi saya suka yang sedikit kenyal, supaya ia  kekal lama sikit dalam mulut bila dikunyah. Kacang merahnya terlalu manis, macam kacang (dalam sirap gula) dalam tin.

Ansari Famous Cendol Taiping

Cendol campur kacang: Lemak ada, umph tiada

Walaupun rasa dan teksturnya tidak menepati citarasa saya, harganya berbaloi. RM1.30 semangkuk (cendol campur kacang), walaupun mangkuk kecil tapi cendolnya banyak dan mengenyangkan. Isteri order pasembor satu pinggan @ RM2.80, rasanya sedap, hasilnya licin pinggan.

Lokasi Ansari Famous Cendol: Jalan Chung Thye Phin, Taiping

GPS coordinates: N04 51.184 E100 44.331

Selesai makan cendol, kami bertolak ke Kuala Sepetang untuk pekena mee udang dan melawat Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim).

4 ulasan

Hafizul

Hafizul

02 Disember, 2013 15:56
Wahhh ada lagi ekk kereta jenazah tu..
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

02 Disember, 2013 16:20
@Balasan Kereta jenazah tahan lama, orang kalau jenazah...
puteri kasih

puteri kasih

02 Disember, 2013 22:10
ha ah kalau cendol sedikit kenyal memang sedap..puteri suka cendol pulut :)
titan

titan

02 Disember, 2013 22:21
belanja gua, belanja gua..

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top