Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu

|  21 ulasan

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.


Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom-simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

tanda kencing manis


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

  1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

  4. Sentiasa rasa lapar

    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.

    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

  5. Luka lambat sembuh

    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

  6. Keletihan dan cepat marah

    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

  7. Terdedah kepada jangkitan kulat

    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

  8. Penglihatan kabur

    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

    Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

  9. Sensasi pada tangan dan kaki

    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

  10. Kulit merengsa

    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Baca juga:

21 ulasan

Abee Sam

Abee Sam

16 Disember, 2013 15:15
terbaikk .. tq info :)
Pha Is

Pha Is

16 Disember, 2013 23:08
info terbaek.. diabetes ni sama meningkat naik dengan obese. rakyat malaysia plak ramai yg obese. tak semua org obese kena diabetes tapi risiko semakin tinggi..
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Disember, 2013 01:06
@Balasan Khabarnya tiga empat tahun lagi Malaysia akan jadi juara ASEAN. Bukan juara bola tapi juara diabetes...adeh.
lestari

lestari

17 Disember, 2013 06:30
terima kasih atas artikelnya :)
Denaihati

Denaihati

17 Disember, 2013 10:47
terima kasih perkongsian tanda-tanda penyakit yang membimbangkan kita.
Hanafi Abdullah

Hanafi Abdullah

18 Disember, 2013 08:08
sebab itu menjaga kesihatan terlalu penting buat kita.
Vee

Vee

18 Disember, 2013 10:29
anak buah saya tetiba jer turun berat badan dan kerap minum air serta buang air . pi cek dr . menghidap kencing manis sehingga x dtp bacaan !
Nik Khazami Nik Aziz

Nik Khazami Nik Aziz

18 Disember, 2013 21:00
bagus info ni... alhamdulillah saya tak alami simptom spt di atas.. :D
yatty

yatty

25 Jun, 2014 23:03
Info yang menarik..;)
MyLife Ria

MyLife Ria

14 November, 2014 22:12
Mencegah lebih baik daripada mengubati, thanks for sharing :)
MyLife Ria

MyLife Ria

14 November, 2014 22:28
@Balasan Semoga anak saudara tersebut diberi kesembuhan dan kesihatan terbaik.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

20 November, 2014 08:24
nasib baik tak ada seperti di atas. risau juga saya
Puan Rosema

Puan Rosema

11 Disember, 2014 07:41
Alhamdulillah...sekarang memang tgh jage pengambil gula..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

16 Februari, 2015 20:32
Alamak!!!
Tanpa Nama

Tanpa Nama

11 April, 2015 14:03
anak buah saya pun kena kencing manis,dr cakap tahap gula dan garam dalam badan tinggi sampai boleh buka mini market....
Rika Oktavia

Rika Oktavia

06 Julai, 2015 23:09
Nice info. Perlu berjaga-jaga jika ada simptom di atas. Ayah mertua pengidap kencing manis. Sekarng ni masih dalam pemantauan doktor
Ziela Razali

Ziela Razali

07 Julai, 2015 14:53
Terima kasih untuk info. Takut sangat bila dgr ttg kencing manis. Macam2 penyakit skrg ni.
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top