Jadual Dan Kawasan Catuan Air Selangor Peringkat Pertama

Susulan daripada krisis bekalan air di Selangor, SYABAS telah mengumumkan Pelan Pengagihan Air Berjadual yang akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

[Update 30 Apr 2014] Catuan bekalan air akan berakhir 30 April 2014

[Update 1 Apr 2014] Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk melanjutkan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga mulai 1 April hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak. Ini seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.

Program catuan air ini akan dilaksanakan mulai 27 Februari sehingga 31 Mac 2014, dan melibatkan 71 kawasan.

Jadual pengagihan adalah berdasarkan konsep 2 hari dapat air 2 hari tiada air:

  • Bagi zon yang dijadualkan mendapat air, bekalan air paip akan bermula jam 4 petang, berterusan selama 41 jam dan akan dihentikan pada jam 9 pagi 2 hari kemudian.
  • Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air paip akan dihentikan bermula jam 9 pagi, berterusan selama 55 jam dan akan dibekalkan semula pada jam 4 petang 2 hari kemudian.

Jadual pembekalan dan penghentian adalah berdasarkan waktu di kolam bekalan air. Masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna dan juga perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air.

jadual catuan air syabas selangor 2014

Klik gambar untuk paparan jelas


WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1

  1. Taman Juara Jaya
  2. Taman Bukit Belimbing
  3. Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  4. Taman Harmoni Indah
  5. Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  6. Taman Putra Budiman
  7. Taman Balakong Jaya
  8. Taman Seri Timah
  9. Taman Tanming Jaya
  10. Kawasan perindustrian Balakong
  11. Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  12. Taman Industri Balakong
  13. Taman Tanming Permai
  14. Taman Industri Lifong
  15. Taman Tanming Ria
  16. Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  17. Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2

  1. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  2. Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  3. Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  4. Kampung Baru Balakong
  5. Taman Kasturi Cheras
  6. Taman Sri Indah Cheras
  7. Taman Bukit Emas
  8. Taman Cheras Jaya
  9. Taman Impian Indah
  10. Taman Taming Indah
  11. Taman Sejati
  12. Taman Seri Sungai Long
  13. Taman Bukit Sungai Long
  14. Rumah Kenangan Cheras
  15. Taman Dutamas
  16. Taman Setia Kasturi Cheras
  17. AEON Cheras Selatan
  18. Taman Industri Balakong Jaya
  19. Taman Setia Balakong
  20. Taman Sinaran
  21. Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  22. Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG

Zon 1

  1. Kampung Olak Lempit
  2. Kampung Bukit Changgang
  3. Kampung Labohan Dagang
  4. Selangor Dredging
  5. Taman Changgang Jaya
  6. Kompleks Perabut Olak Lempit
  7. RTB Bukit Changgang
  8. Bandar Sri Ehsan
  9. Bandar Mahkota
  10. Bandar Sungai Emas
  11. Taman Arked
  12. Taman Ambar
  13. Taman Sri Dagang
  14. Taman Langat Murni
  15. Taman Langat Utama
  16. Taman Murnimas
  17. Taman Seri Telok Datok
  18. Taman Sri Cheding
  19. Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2

  1. Kota Warisan
  2. Warisan Bestari
  3. Taman Bunga Raya
  4. Taman KLIA Indah
  5. Tiara Heights
  6. Taman Ixora
  7. Taman Dahlia
  8. Taman Seroja
  9. Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  10. Taman Kenanga
  11. Taman Desa Vista
  12. Taman Desa Bestari
  13. Salak Permai

Layari https://www.facebook.com/puspel untuk maklumat terkini mengenai catuan air di Selangor. Baca juga tips pemuliharaan dan penjimatan air.