Jadual Dan Kawasan Catuan Air Peringkat 4

|  0 ulasan

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat oleh SYABAS akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama.

[Update 30 Apr 2014] Catuan bekalan air akan berakhir 30 April 2014

Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2). Kawasan tambahan yang terlibat kali ini dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam notis di bawah.

Berikut adalah Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat yang menerangkan mengenai jadual dan kawasan catuan Peringkat 4, serta lanjutan tempoh catuan di Peringkat 1 Dan 3 bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya:


Notis Catuan Bekalan Air Peringkat 4

Untuk maklumat terkini mengenai catuan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya, sila layari https://www.facebook.com/puspel.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top