Permohonan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Online

Borang Permohonan SL1M Online. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Melalui program ini, peserta-peserta akan menjalani latihan selama setahun di syarikat GLC atau swasta dan layak menerima elaun minimum RM2000 sebulan dari pihak syarikat.

SL1M membekalkan latihan kemahiran insaniah (soft-skill training), latihan di tempat kerja (on-the-job training) dan pendedahan kepada kerja sebenar. Pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat terkemuka ini akan meningkatkan kebolehgajian para graduan untuk diserap ke syarikat yang melatih atau mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat lain.


Terma Dan Syarat Penyertaan SL1M

Graduan yang ingin menyertai program SLIM hendaklah memenuhi kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara.
  • Masih menganggur, atau telah bekerja tetapi pekerjaan atau gaji tidak setaraf dengan kelayakan ijazah yang dimiliki.
  • Graduan perlu menghadiri temuduga SLIM. Kegagalan memberi maklumbalas atau menghadiri temuduga bermaksud graduan tidak lagi berminat dan tidak lagi memerlukan bantuan melalui Program SL1M. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suaipadan dengan syarikat.
Program-Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M


Cara Memohon Menyertai SL1M

Pendaftaran untuk menyertai SL1M boleh dibuat secara online melalui laman Program Skim Latihan 1Malaysia di pautan berikut:

https://sl1m.my/

Klik pada butang merah "PEMOHON KERJA" dan ikut arahan yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di nombor telefon 03-88723351.