Air Terjun Laundry: Dobi Layan Diri Terbaik Di Kota Bharu

Sekarang sudah ada kedai dobi layan diri atau self service (coin operated) laundry di Kota Bharu, Kelantan. Lebih jimat dan cepat daripada kedai dobi biasa, yakin bersih dan gerenti tak tertukar pakaian dengan pelanggan lain.

Memperkenalkan Air Terjun Laundry, kedai dobi layan diri terawal dan terbaik di Kota Bharu.

Lokasi Air Terjun Laundry

Kedai dobi ini berada di pusat perniagaan Lembah Sireh berhampiran pasaraya Tesco dan AEON Mall. Ianya berada di sebelah kedai keperluan bayi Manjaku, dan sebaris dengan Euro Moda Gulati's, Zaeman Nasi Kukus dan Pizza Hut Delivery. Koordinat GPS: N 6 06.782 E 102 13.926.

Kedai dobi ini juga dekat (walking distance) dengan Terminal Bas Lembah Sireh, Kolej Poly-Tech Mara, Lincoln University College, Nasken Coffee, 7 Eleven, cafe, restoran, hotel, klinik swasta, kedai printing, kedai alatulis Pustaka Sri Dunia, kedai pakaian seragam Rex Trading dan banyak lagi. Di Tesco pula ada KFC, Kenny Rogers Roasters, Chicken Rice Shop, Big Apple Donuts & Coffee, SMO dan pejabat pos.

Di kawasan ini jalan tak sesak, dan yang penting petak parking banyak.

dobi layandiri air terjun

Mudah, Murah, Cepat Dan Selesa

Nak basuh pakaian di Air Terjun cukup senang. Hanya bawa pakaian kotor dan duit sahaja. Tidak perlu bersusah payah membawa sabun dan pelembut, kerana mesin basuh di Air Terjun Laundry sudah tersedia dengan sabun, pelembut dan pembasmi kuman yang disuap ke dalam mesin secara automatik. Ianya adalah percuma dan tidak melibatkan kos tambahan.

Mesin basuh dan pengering (dryer) di sini beroperasi menggunakan duit syiling 50 sen. Mesin tukaran duit syiling (coin changer) ada disediakan untuk kemudahan pelanggan.

dobi layan diri luas

Kos membasuh dan mengering jauh lebih murah dari kedai dobi biasa. Di Air Terjun Laundry pakaian boleh dicuci dan dikeringkan dengan harga serendah RM0.85 untuk setiap kilogram. Kedai dobi biasa mengenakan harga RM2.50 hingga RM3.50 untuk setiap kilogram pakaian!

Basuhan biasa siap dalam masa 30 minit sahaja. Mengering pula hanya mengambil masa 25 minit. Jadi jumlah masa basuhan dan pengeringan biasa tidak sampai sejam.

dobi layan diri minuman

Ruang menunggu cukup luas dan selesa disediakan, lengkap dengan kerusi, tv, tandas dan meja untuk melipat baju. WiFi dan beg plastik percuma juga ada disediakan untuk pelanggan. Minuman ringan juga ada dijual di sini.

Sesuai Untuk Semua Jenis Muatan Pakaian

Mesin-mesin basuh dan pengering di Air Terjun Laundry adalah mesin berkualiti tinggi buatan Amerika Syarikat. Terdapat tiga kapasiti mesin basuh iaitu 9kg, 14kg dan 27kg. Suhu air boleh diset mengikut tahap kekotoran pakaian: sejuk (untuk tahap biasa), sederhana (untuk pakaian kotor) dan panas (untuk pakaian sangat kotor).

Sabun Dan Pelembut Halal

Membasuhlah dengan yakin dan tanpa was-was di Air Terjun Laundry, kerana sabun (detergent), pelembut (softener) dan pembasmi kuman (sanitizer) yang digunakan di sini adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Waktu Operasi

Kedai dobi Air Terjun Laundry dibuka 24 jam setiap hari!

Contact

Nombor telefon: 09-7477601