Semakan Keputusan STPM 2013 Secara Online Dan SMS

|  1 comments

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 akan diumumkan pada 19 Mac 2014 (Rabu). Calon-calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Keputusan boleh juga disemak secara online atau melalui SMS.


Semakan secara online

Untuk meyemak secara online sila layari halaman semakan di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 12.00 tengahari 19 Mac 2014:

Laman Keputusan STPM 2013


Semakan melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan STPM 2013 akan diaktifkan bermula 12:00 tengahari 19 Mac dan berakhir pada 11:59 malam 18 Jun 2014.

semak-keputusan-stpm-2013

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2013 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: STPM  RESULT  910325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888


Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Makluman Untuk Calon STPM 2013 untuk Kemasukan ke IPTA (dipetik dari laman Majlis Peperiksaan Malaysia)

Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).
Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

Semoga berjaya dan good luck!

Ranking: 5

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

1 comment :

  1. Assalammualaikum...malaysia tercinta,

    terima kasih perkongsian nie.. senang nak check SPM nie..

    mselim3

    ReplyDelete