Permohonan UPU ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2014/2015

|   9 comments

Permohonan secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier sesi akademik 2014/2015 dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran awan (ILKA) bagi ambilan tahun 2014.

[Terkini] Semakan keputusan permohonan UPU (IPTA) sudah boleh dibuat.

Untuk yang berminat melanjutkan pelajaran ke kolej atau institusi kelolaan MARA,  sila rujuk Permohonan online KPM, GMI, KKTM, IKM, KM, KPTM dan UniKL.


Syarat kelayakan memohon

  • Program Sijil, Diploma dan Asasi (untuk lepasan SPM/Setaraf)
    Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia dan
    • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah

    Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

    • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
    • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
  • Program Ijazah Sarjana Muda (untuk lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Setaraf)
    Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
    • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
    • Bagi Bukan Warganegara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan (tak boleh apply online).
    • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
    • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
      • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
      • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
      • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
      • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
      • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
      • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
      • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

permohonan poleknik


Cara Memohon

Permohonan boleh di buat secara online sahaja.

  1. Beli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional. Nombor Unik ID akan mula dijual pada 19 Januari 2014 di semua cawangan BSN di seluruh negara.
  2. Apply secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar  

    https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

    Gunakan No. Kad Pengenalan dan No. Unik ID untuk mengakses borang permohonan.


Tempoh permohonan

Tarikh permohonan dibuka ialah 20 Januari 2014 jam 12:00 tengahari dan tarikh tutup ialah 7 April 2014 jam 12:00 tengah malam.


Maklumat dan panduan

Untuk panduan dan maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).

http://upu.moe.gov.my/web/

Artikel berkaitan:

  • Semak samada program pengajian diiktiraf oleh JPA
Ranking: 5

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

9 comments :