Permohonan UPU ke UA/IPTA Sesi 2017/2018 Online

Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018, dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017.

[Baharu] Permohonan UPUOnline ke UA/IPTA Bagi Sesi 2018/2019

Berikut adalah info penting mengenai permohonan kemasukan ke UA, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA untuk panduan pembaca.


Maklumat dan Panduan Permohonan UA/Politeknik/ILKA

Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat mengenai UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.


Siapa Yang Layak Memohon

Berikut disenaraikan kategori program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak memohon berdasarkan kelulusan mereka.

  • Program Asasi/Diploma di UA & Politeknik, dan Sijil/Diploma di Kolej Komuniti dan ILKA (untuk lepasan SPM/Setaraf)

    Semua calon yang berkelulusan SPM tahun 2016, 2015 dan 2014 layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat calon.

  • Program Ijazah Sarjana Muda di UA & Politeknik Premier (untuk lepasan STPM/Setaraf)

    Semua calon yang berkelulusan STPM 2016, STAM 2016 & 2015, Matrikulasi KPM, Asasi UA, Pra-U Sekolah Sukan dan Diploma/setaraf layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat calon.


Kursus Mana Yang Layak Dimohon?

Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.

Aplikasi ini akan menyenaraikan kursus-kursus yang layak anda mohon berdasarkan keputusan peperiksaan SPM/STPM anda.

Permohonan UPUonline untuk ke Universiti Awam (UA)/Politeknik Premier, TEVT(Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti) & ILKA


Cara Memohon ke UA/IPTA/ILKA Menerusi UPU

Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) & ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUOnline. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik Premier/Konvensional/METrO, Kolej Komuniti serta ILKA.

  1. Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula jualan nombor pin Unik ID UPU ialah 6 Februari 2017.

    Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):

    • Kategori A
      • Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
      • Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM15.64 termasuk GST
    • Kategori B
      • Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
      • Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64 termasuk GST
  2. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:

    http://upu.mohe.gov.my/web/

    Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Daftar Kali Pertama terlebih dahulu. Pendaftaran UPUOnline boleh dibuat tanpa nombor Unik ID.

    Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online.

  3. Setiap siap mengisi dan menghantar borang permohonan UPUOnline, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.


Tempoh Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Tarikh sistem permohonan UPUOnline dibuka ialah mulai 6 Februari 2017 jam 12:00 tengahari dan tarikh tutup pada 31 Mac 2017 jam 11:59 malam.

Permohonan UPUOnline 2017

Klik pada gambar untuk paparan besar / jelas


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA , sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-88708200, pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.

Nota: Bermula Mac 2015 istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik.

Baca juga: