Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU bagi sesi akademik 2017/2018, meliputi tarikh permohonan & rayuan dibuka, tarikh permohonan & rayuan ditututp, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.


Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Tarikh (2017) Peringatan Penting
6 Februari Permohonan UPUOnline dan jualan unik ID BSN DIBUKA
30 Mac Jualan unik ID BSN DITUTUP
31 Mac Permohonan UPUOnline DITUTUP
14 ~ 20 Mei Hebahan keputusan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier
14 ~ 20 Mei Hebahan keputusan permohonan bagi lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
14 ~ 20 Mei Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
21 ~ 23 Mei Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
21 ~ 27 Mei Semakan panggilan temuduga (Pendidikan) bagi lepasan STPM/Setaraf
21 ~ 27 Mei Semakan panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi lepasan STPM/Setaraf
11 ~ 17 Jun Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
11 ~ 17 Jun Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DIBUKA
18 ~ 24 Jun Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DITUTUP
01 ~ 05 Ogos Hebahan keputusan permohonan bagi lepasan STPM/Setaraf
01 ~ 05 Ogos Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi lepasan STPM/Setaraf
06 ~ 12 Ogos Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi lepasan STPM/Setaraf
20 ~ 26 Ogos Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 1 bagi lepasan STPM/Setaraf
10 ~ 16 September Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 bagi lepasan STPM/Setaraf

Tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2017/2018

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di sini atau laman web UPU di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ atau menelefon talian helpline UPU di 03-88708200, pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2017/2018 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau ILKA.

Click to go to top