Cara Pasang Widget Waktu Solat Pada Blog

|  21 comments

Widget waktu solat seluruh Malaysia ini membolehkan pembaca blog menyemak waktu solat fardhu untuk kawasan pilihan mereka. Kelebihan widget kami ialah pembaca boleh memilih kawasan atau zon solat tanpa perlu meninggalkan blog anda. Pilihan kawasan boleh dibuat menggunakan menu dropdown yang ada pada widget itu sendiri.

Waktu solat yang dipaparkan adalah bersumberkan jadual e-solat JAKIM jadi anda tak perlu ragu akan ketepatannya.

widget-waktu-solat

Anda boleh tengok dan test live demo pada page Waktu Solat ini.

Saya dah kodkan widget ini sebaik mungkin supaya anda tidak perlu bersusah payah. Tak perlu tulis kod javascript dan tak perlu copy-paste bagai. Anda cuma perlu klik. Untuk mendapat hasil yang terbaik, widget ini hendaklah dipasang pada sidebar atau footer yang lebarnya 250px atau lebih.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang widget waktu solat pada blog Blogger (blogspot) anda:

  1. Klik butang "Add To Blogger" di bawah.
  2. Pilih blog yang nak diletakkan widget. Boleh juga tukar tajuk widget jika anda mahu.
    tambah-widget-pada-blog
  3. Seterusnya klik butang Add Widget untuk tambah widget waktu solat ke dalam blog anda.
  4. Anda akan dibawa ke paparan Layout, untuk tujuan menyemak kedudukan widget yang telah ditambah. Jika ingin mengalihnya, anda hanya perlu drag dari lokasi asal dan drop di lokasi baru. Akhir sekali klik butang (warna oren) Save Arrangement.
  5. Layari blog anda dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba.

21 comments

Mizz Aiza

Mizz Aiza

06 Mac, 2014 22:01
menarik widget ini, senang hendak melihat waktu solat.. aiza pernah memasangnya dahulu, apabila blog semakin berat aiza terpaksa delete..
mrhanafi

mrhanafi

07 Mac, 2014 11:43
menarik ya sungguh menarik

p/s : Dapatkan info menarik dalam blog saya di SINI
KamilSalleh

KamilSalleh

14 April, 2014 23:46
Menarik dan terbaik...tapi ramai blogger pasang widget yg Denaihati. Apapun itu adalah keputusan masing-masing empunya pilihan. Tidak ada paksaan...
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 April, 2014 23:08
@Balasan Yup, pilihlah yang mana berkenan di hati.
Unknown

Unknown

27 April, 2014 10:08
Assalamualaikum.. thank you. informasi yang terbaik, dan berhasil dengan baik. semoga Allah memberi ganjaran setimpal dengan usaha dan niat anda...
linda

linda

27 Mei, 2014 17:09
Memang terbaik..Terima kasih...
Unknown

Unknown

11 Oktober, 2014 07:53
Terima kasih Admin
Sangat menarik

Islam itu indah
Alkabd

Alkabd

29 Oktober, 2014 14:06
terima kasih....ur info
Tanpa Nama

Tanpa Nama

30 November, 2014 22:59
Terima kasih Admin.
Terbaik.
Unknown

Unknown

31 Disember, 2014 17:46
Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga langkah-langkah yg mudah difahami cara nak psang widget ni kat blog
- Tq perkongsian ini-
nikmzakmal

nikmzakmal

27 Januari, 2015 12:27
Terbaik...TQ for the info.
Unknown

Unknown

05 Februari, 2015 16:56
done....alhamdulillah..tq sahabat..
HSN Megat

HSN Megat

18 Februari, 2015 11:06
Terima kasih di atas sharing waktu solat ini.
Unknown

Unknown

24 April, 2015 22:32
Terima kasih di atas sharing widget waktu solat ini.
Harith Hakeem

Harith Hakeem

03 November, 2015 07:56
Sangat menarik.....teima kasih
iam.umifuzy

iam.umifuzy

24 November, 2015 14:03
sangat membantu dan terima kasih admin utk widget ni..mmg menarik. Terima kasih atas pengkongsian ini
Asha Amira

Asha Amira

20 Januari, 2016 15:44
terima kasih sharing waktu solat...
Záty Rose

Záty Rose

19 Mac, 2016 22:07
terima kasih atas info yang amat bermanfaat ini!
Unknown

Unknown

26 Julai, 2016 22:08
Terima kasih banyak sharing waktu solat

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel