Senarai Pemenang Kasut Emas Piala Dunia FIFA

Kasut Emas (Golden Boot) ialah anugerah kepada penjaring gol terbanyak di pusingan akhir kejohanan di Piala Dunia FIFA. Menurut peraturan FIFA sekiranya terdapat lebih dari seorang pemain terikat dengan bilangan gol yang sama, pemenang akan ditentukan dengan bilangan assist. Jika masih terikat, pemain yang bermain dalam masa yang lebih singkat akan dikira pemenang.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Kasut Emas dalam 21 edisi Piala Dunia FIFA terdahulu:

pemenang kasut emas golden boot piala dunia


Senarai Pemenang Golden Boot Piala Dunia FIFA

Edisi Piala Dunia Nama Pemenang Golden Boot Bilangan Gol
2018 Harry Kane (England) 6
2014 James Rodriguez (Colombia) 6
2010 Thomas Muller (Jerman) 5
2006 Miroslav Klose (Jerman) 5
2002 Ronaldo (Brazil) 8
1998 Davor Suker (Croatia) 6
1994 Hristo Stoichkov (Bulgaria), Oleg Salenko (Russia) 6
1990 Salvatore Schillachi (Itali) 6
1986 Gary Lineker (England) 6
1982 Paolo Rossi (Itali) 6
1978 Mario Kempes (Argentina) 6
1974 Grzegorz Lato (Poland) 7
1970 Gerd Muller (Jerman) 10
1966 Eusebio (Portugal) 9
1962 Florian Albert (Hungary), Valentin Ivanov (Soviet Union), Drazen Jerkovic (Yugoslavia), Leonel Sanchez (Chile), Vava (Brazil), Garrincha (Brazil) 4
1958 Just Fontaine (France) 13
1954 Sandor Kocsis (Hungary) 11
1950 Ademir (Brazil) 9
1946 [ Tiada kejohanan Piala Dunia disebabkan Perang Dunia Kedua ] -
1942 [ Tiada kejohanan Piala Dunia disebabkan Perang Dunia Kedua ] -
1938 Leonidas (Brazil) 8
1934 Oldrich Nejedly (Czechoslovakia), Edmund Conen (Jerman), Angelo Schiavio (Itali) 4
1930 Guillermo Stabile (Argentina) 8

Siapa pula yang bakal dianugerahkan Kasut Emas di Piala Dunia FIFA 2022 Qatar? Adakah pemain tersohor seperti Neymar, Mbappe, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Luis Suarez atau Antoine Griezmann akan memilikinya atau mungkin pemain baharu akan membuat kejutan? Sama-sama kita saksikan Piala Dunia FIFA 2022 nanti.

Sumber: FIFA.com

Click to go to top