Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2020 (QS Ranking)

Ranking IPTS dan IPTA/UA di Malaysia 2020. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2020 berdasarkan penilaian oleh QS World University Rankings 2020.

Penilaian dibuat dengan membandingkan universiti-universiti dalam empat aspek utama yang penting buat bakal pelajar iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran graduan dan pengantarabangsaan (internationalization). Kriteria lain yang diambil kira ialah fasiliti, pembelajaran jarah jauh / online, tanggungjawab sosial, inovasi, seni & budaya dan kepakaran.

[Baharu] Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2021

Permohonan ke universiti awam boleh di buat melalui portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia. Disertakan juga ranking Asia 2020 bagi universiti-universiti yag tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik malaysia

Untuk ranking tahun 2020, Universiti Malaya kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, meningkat kepada kedudukan ke 70 dunia dari kedudukan 87 pada tahun 2019.

Rank Malaysia (2020) Rank Dunia (2020) Rank Asia (2020) Nama Universiti
1 70 13 Universiti Malaya (UM)
2 159 33 Universiti Putra Malaysia (UPM)
3 160 39 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4 165 37 Universiti Sains Malaysia (USM)
5 217 46 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 442 122 UCSI University
7 482 82 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
8 511-520 109 Taylor's University
9 541-550 179 Management and Science University (MSU)
10 591-600 116 Universiti Utara Malaysia (UUM)
11 651-700 119 Universiti Teknologi MARA - UiTM
12 651-700 140 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
13 701-750 211 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14 751-800 134 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
15 751-800 194 Sunway University
16 801-1000 170 Multimedia University (MMU)
17 801-1000 181 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
18 801-1000 195 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
19 801-1000 211 University Malaysia Sabah (UMS)
20 801-1000 243 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2020 oleh Quacquarelli Symonds (QS) di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA / MQA.