Cara Tukar Tarikh Masihi ke Hijrah

Ramai yang tercari-cari cara menukar tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah/Islam. Berikut kami sediakan widget converter untuk menukar sebarang tarikh daripada kalendar Masihi kepada kalendar/takwim Hijrah atau sebaliknya.

Converter ini boleh digunakan untuk mengetahui tarikh-tarikh penting dalam hidup anda seperti tarikh perkahwinan dan tarikh lahir mengikut kalendar Islam.

Ia juga boleh digunakan untuk mengetahui tarikh Masehi bagi hari-hari penting dalam kalendar Islam seperti awal Muharram, Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban, awal Ramadan dan juga hari raya.


Cara Menukar Tarikh Masihi Kepada Hijrah

  1. Masukkan tarikh Masihi yang ingin ditukar ke dalam kotak "Tarikh Kalendar Masihi".
  2. Seterusnya tekan butang "Masihi → Hijrah".
  3. Tarikh Hijrah akan dipaparkan di dalam kotak "Tarikh Kalendar Hijrah".

    Nama hari bagi tarikh tersebut juga akan dipapar, di dalam kotak paling bawah.

Untuk menukar tarikh Hijrah kepada Masihi, lakukan langkah-langkah serupa cuma bermula di kotak "Tarikh Kalendar Hijrah".

Converter Tarikh Masihi-Hijrah

Tarikh hari ini:

Tarikh Kalendar Masihi

Hari Bulan Tahun

Tarikh Kalendar Hijrah

Hari Bulan Tahun
Hari:

Semoga widget penukar tarikh Masihi ke Hijrah ini berguna untuk para pembaca sekelian.

tukar tarikh lahir Masihi ke Hijrah
Click to go to top