myUSSD: Akses Perkhidmatan Kerajaan Dengan Telefon Mudah Alih

|  0 comments

myUSSD *158# ialah servis yang membolehkan orang awam berurusan dengan agensi-agensi kerajaan Malaysia melalui telefon mudah alih. Ia adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia menerusi myGovMobile*.

myUSSD merupakan gerbang USSD (Unstructured Supplementary Service Data) interaktif berasaskan menu kepada perkhidmatan kerajaan. Ianya mudah, ringkas, selamat dan tidak memerlukan sambungan internet.


Cara Mengakses myUSSD

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan servis myUSSD melalui telefon bimbit anda:

  1. Dail *158# dan tekan CALL untuk memulakan myUSSD.

    Menu utama akan dipapar pada skrin. Ia menyenaraikan agensi-agensi kerajaan untuk dipilih.

  2. Pilih agensi yang anda ingin berurusan.

    Menu akan memaparkan senarai kategori perkhidmatan atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi telah anda pilih.

  3. Pilih kategori atau perkhidmatan yang diingini.
  4. Ikut arahan yang tertera pada skrin.

akses perkhidmatan kerajaan melalui myGovMobile myUSSD *158#


Senarai Nama Agensi Dan Perkhidmatan myUSSD

Berikut adalah senarai nama agensi kerajaan serta perkhidmatan yang ditawarkan melalui myUSSD:

Bil Nama Agensi Perkhidmatan Yang Ditawarkan
1 Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
  • Semakan Bayaran Gelanggang/Dewan
2 Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)
3 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
  • Semakan Lokasi Alamat Mahkamah
  • Semakan Kod Kes Mahkamah
  • Semakan Status Kes Mahkamah
  • Semak Jadual Perbicaraan
4 Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
  • Semakan Status Pusaka
5 Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
  • Semakan Cuaca Hari Ini, Semakan Cuaca Esok dan Semakan Cuaca Lusa
  • Semakan Cuaca Laut Hari Ini, Semakan Cuaca Laut Esok dan Semakan Cuaca Laut Lusa
6 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
7 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Semakan Senarai Hitam Lesen Memandu dan No Kenderaan
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu CDL dan Cukai Jalan LKM
  • Semakan Keputusan Ujian Bhgn 1
8 Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  • Semakan Kes Penilaian Pinjaman Perumahan
  • Semakan Kes Penilaian Duti Setem
9 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Semakan Bayaran Pencen Bulan dan Semakan Tarikh Bayaran Pencen
  • Semakan Baki Pinjaman JPA dan Semakan Baki Tuntutan Gantirugi
10 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Semakan Tiket Peperiksaan dan Semakan Keputusan Peperiksaan SISPPA
11 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Semakan Pertanyaan dan Semakan Tuntutan Tribunal Pengguna
  • Semakan Aduan Pengguna
  • Semakan E-Status dan Semakan E-Semak Francais
12 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Semakan No Bantuan Kecemasan sekitar lebuhraya
  • Semakan Kaunter Touch n Go sekitar lebuhraya
  • Semakan Kawasan Rehat dan Rawat sekitar lebuhraya
13 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Semakan Baki Pinjaman Pelajaran
  • Semakan Baki Pinjaman Komputer
  • Semakan Baki Pendahuluan Pinjaman
14 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
  • Info Pendaftaran dan Status Semakan Semula STPM
  • MUET Registration Info dan Appeal Status
15 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL)
  • Semakan Status Perserahan
  • Semakan Cukai Tanah
  • Semakn Kod Mukim
16 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Semakan Status Pinjaman
  • Semakan No Akaun
  • Semakan Baki Pinjaman
  • Semakan Tunggakan
17 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Semakan Baki Ujrah, Semakan Status Bayaran Ujrah, Semakan Baki Tunggakan Ujrah dan Semakan Status Ujrah
  • Semakan Baki dan Status Bayaran Konvensional
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semakan Baki Simpanan SSPN-i

Setiap transaksi USSD adalah RM0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk sebagai sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit kedua.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan untuk pengguna Celcom, Maxis dan Digi.

* myGov Mobile adalah satu projek kerajaan yang menyediakan perkhidmatan mobile untuk kemudahan orang ramai. Ia merangkumi mySMS 15888, myMMS 15888, myUSSD *158#, aplikasi mudah alih myApp dan aplikasi bayaran myPay.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel