Cara Semak Status Permohonan Kad Pengenalan MyKad/MyPR/MyKAS

|   0 comments

Anda boleh menyemak status permohonan kad pengenalan MyKad, MyPR atau MyKAS samada sudah siap atau belum dengan mudah secara online atau melalui SMS. (MyKad adalah kad pengenalan untuk warganegara, MyPR untuk pemastautin tetap dan MyKAS untuk pemastautin sementara).


Semak status permohonan secara online

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan laman web khas untuk tujuan semakan status permohonan kad pengenalan.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak status permohonan kad pengenalan anda:

  1. Layari Laman Web Sistem Semakan Permohonan MyKad/MyPR/MyKAS.IC application checking form
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan. Nombor kad pengenalan boleh didapati pada resit rasmi permohonan.
  3. Masukkan captcha dan klik butang “Semak”.
  4. Laman web akan memaklumkan samada kad pengenalan anda sudah siap dan sedia untuk dipungut. 


Semak status permohonan melalui SMS (mySMS)

Berikut adalah cara menyemak status kad pengenalan melalui SMS:

  • Taipkan

    JPN MYKAD [No. Kad Pengenalan]

    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

    Contoh: JPN MYKAD 841220122332

Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Untuk memastikan servis yang lancar, anda dinasihatkan untuk menelefon pejabat pendaftaran terlebih dahulu (untuk membuat memaklumkan tarikh pungutan kad pengenalan yang telah siap) sebelum berkunjung ke pejabat pendaftaran untuk mengambil kad anda.

Ranking: 5

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

No comments :

Post a Comment