Cara Dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

|  5 ulasan

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya sijil SPM/MCE atau slip keputusan peperiksaan PMR/SRP/LCE anda hilang dihanyutkan banjir, terbakar dsb. atau rosak (koyak, terkena air dsb.)? Anda sebenarnya boleh memohon untuk mendapatkan salinan keputusan SPM/MCE atau salinan pernyataan keputusan PMR/SRP/LCE sebagai ganti.

Berikut adalah panduan cara-cara membuat permohonan untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan PMR SRP LCE SPM MCE


Cara Memohon Di kaunter LPM

  1. Pemohon (atau wakil*) hendaklah datang sendiri ke Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya pada hari bekerja:
    • Isnin hingga Khamis (8.15 pagi – 4.30 petang)
    • Jumaat (8.15 pagi –12.00 tengahari, 2.45 petang – 4.30 petang)

    * Wakil hendaklah dari ahli keluarga terdekat, dan membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.

  2. Dapatkan borang permohonan salinan keputusan peperiksaan (borang LP/SIJIL/Pin 1/96a) dan isikan dengan lengkap.
  3. Serahkan borang bersama bayaran proses RM30.00 secara tunai bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan yang dipohon.

Masa yang diambil untuk memproses permohonan salinan pernyataan keputusan peperiksaan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

Jenis Keputusan Masa yang diambil
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1993 atau sebelum 7 hari bekerja
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1994 atau selepas 1 jam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1997 atau sebelum 7 hari bekerja
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998 atau selepas 1 jam
Lain-lain peperiksaan 7 hari bekerja


Cara Memohon Melalui Pos

  1. Muat turun borang permohonan salinan keputusan peperiksaan (borang LP/SIJIL/Pin 1/96a) di pautan ini dan isi dengan lengkap.
  2. Sediakan bayaran RM30.00 dalam bentuk Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.
  3. Hantarkan borang permohonan bersama bayaran dan salinan kad pengenalan pemohon ke alamat berikut:

    Pengarah Peperiksaan
    Lembaga Peperiksaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 10, Blok E 11, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya

  4. Semua permohonan secara pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.

Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan laporan UPSR. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.

Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa tiga tahun setelah menduduki peperiksaan.

Sumber: Maklumat Lembaga Peperiksaan Malaysia

5 ulasan

Situsaya Blog

Situsaya Blog

08 Jun, 2015 05:01
waah bisa dicoba nih...
frox meme

frox meme

02 Oktober, 2015 18:50
alhamdulliah selapas sebulan menunggu akhirnya dapat juga salinan :)
piek

piek

05 Disember, 2015 16:50
terima kasih banyak2 buat pos ni..
Tengku Nor Shuhada Tengku Zawawi

Tengku Nor Shuhada Tengku Zawawi

28 Disember, 2015 11:09
memang kalau untuk apply spm punya result wang pos rm 30 ye..ada jumpa kat blog cakap rm10, mane satu yang betul2 harganya ye

Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

29 Januari, 2016 00:17
@Balasan RM10 tu dulu dik, sekarang ni dah RM30. Dalam PANDUAN PERMOHONAN SALINAN PERNYATAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (kat sini) dengan jelas dinyatakan:
"Bayaran proses sebanyak RM30.00"
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top