Semakan Pendaftaran MUET Sesi November 2017 Online Dan SMS

|  0 ulasan

Semakan status pendaftaran / slip daftar calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) untuk sesi November 2017 boleh dibuat mulai 4 September 2017 sehingga 3 Oktober 2017. Semakan boleh dibuat secara online dan melalui SMS.

Slip daftar MUET hendaklah dicetak dan ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran menduduki peperiksaan MUET.


Semak Pendaftaran MUET Secara Online

Semakan slip daftar ujian MUET boleh dibuat secara online di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/


Semak Pendaftaran MUET Melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET menggunakan khidmat mySMS:

semakan pendaftaran MUET November 2017

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>INFO<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  INFO  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck untuk semua bakal calon MUET.

Dapatkan Panduan Lulus Cemerlang MUET di sini.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top