Niat Puasa 9 Muharram (hari Tasu'a) & 10 Muharram (hari 'Asyura)

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam Kalendar Islam/Hijrah. Ia merupakan salah satu daripada empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) atau bulan yang dimuliakan Allah.

Antara amalan yang dianjurkan di bulan Muharram ialah berpuasa sunat pada hari yang kesembilan dan hari yang kesepuluh. Berikut adalah lafaz niat puasa sunat 9 Muharram (hari Tasu'a) dan 10 Muharram (hari 'Asyura).


Niat Puasa Hari Tasu'a 9 Muharram

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat Tasu'a kerana Allah Ta'ala.


Niat Puasa Hari 'Asyura 10 Muharram

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat 'Asyura kerana Allah Ta'ala.

Sila rujuk Kalendar Masihi - Hijriah untuk menyemak tarikh bila jatuhnya Hari Tasu'a dan Hari Asyura.

Semoga berguna buat pembaca Muslim. Salam Maal Hijrah

Click to go to top