Semakan Tawaran Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1

Semakan tawaran penempatan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018.

Keputusan permohonan kemasukan ke SBP boleh disemak secara online menerusi Laman Semakan dan Cetakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk tawaran kemasukan ke Tingkatan 4, sila layari Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2018.


Semakan Tawaran SBP 2018 Tingkatan 1 Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan / penempatan serta cetakan surat tawaran ke Tingkatan 1 SBP tahun 2018 dibuka mulai 29 Disember 2017.

Semakan boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/index.cfm

Sila masukkan angka giliran UPSR 2017 dan klik butang "Semakan" untuk mula menyemak.


Cara Lain Semakan Keputusan Tawaran ke SBP

Selain dari semakan secara online, pemohon juga boleh menyemak menggunakan kaedah-kaedah berikut:

  • Hadir di kaunter BPSBPSK KPM, Cyberjaya
  • Menelefon talian hotline BPSBPSK: 03-83217400
  • Hadir di kaunter JPN/PPD yang berhampiran
  • Makluman melalui SMS (calon berjaya)


Penerimaan Tawaran ke SBP

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, pemohon hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

keputusan tawaran penempatan sbp tingkatan 1


Rayuan Kemasukan ke SBP

Untuk pemohon yang tidak berjaya, rayuan kemasukan boleh dikemukakan secara online mulai pada tarikh yang sama keputusan permohonan diumumkan.
Sila klik pautan "E-Rayuan" yang terdapat di dalam halaman keputusan semakan anda.

Untuk info lanjut dan terkini mengenai tawaran kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Semoga berjaya.

Click to go to top