Semakan Keputusan MUET Mac (Sesi 1) 2018

Cara dan tarikh semakan keputusan MUET sesi Mac 2018. Tarikh semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi 1 (Mac) 2018 sudah diumumkan secara rasmi. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan bahawa semakan keputusan MUET boleh dibuat bermula pada hari Khamis 10 Mei 2018.

Calon boleh menyemak MUET secara online atau dengan menggunakan perkhidmatan SMS.

Berikut kami kongsikan cara menyemak keputusan MUET Sesi 1 2018 (Mac) secara atas talian dan juga melalui SMS.


Semak Keputusan Ujian MUET Online

Semakan keputusan MUET secara online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/

semakan keputusan MUET sesi 1 2018


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET sesi Mac 2018 akan diaktifkan bermula jam 10:01 pagi 10 Mei 2018.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  970325035143

  2. Hantarkan SMS ke 15888


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Ujian MUET

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima boleh memohon untuk semakan semula.

Permohonan dan pembayaran untuk semak semula keputusan MUET boleh dibuat secara online melalui Sistem Semak Semula MUET, di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

Keputusan semakan semula akan diumumkan selepas 18 hari.

Semoga info mengenai semakan keputusan MUET Mac 2018 (sesi 1) secara online dan SMS ini memberi manfaat buat pembaca. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.