Dividen ASB 2012 7.75 sen Bonus 1.15 sen

|  0 comments

Dividen untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 2012 telah pun diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dividen yang diumumkan ialah 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit. Dividen tahun ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun, sementara jumlah agihan pendapatan RM8.13 bilion adalah lebih besar berbanding agihan RM6.92 bilion pada tahun 2011.

Berikut adalah perbandingan dividen dan bonus tahunan ASB untuk tahun-tahun lepas:

Tahun Dividen ASB Bonus
2012 7.75 sen 1.15 sen
2011 7.65 sen 1.15 sen
2010 7.50 sen 1.25 sen
2009 7.30 sen 1.25 sen
2008 7.00 sen 1.75 sen
2007 8.00 sen 1.00 sen
2006 7.30 sen 1.25 sen

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel