Permohonan Matrikulasi Sesi 2014 / 2015

|  2 comments

Permohonan untuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai hari ini (1 Julai 2013) sehingga 10 Oktober 2013.

Sebelum memohon, baca dulu Syarat Kelayakan Minimum, Kelayakan Untuk Memohon, dan Program & Pengkhususan yang ditawarkan di sini.


CARA MEMOHON

Permohonan mesti dibuat secara online melalui halaman Permohonan Baru Program Matrikulasi.

permohonan matrikulasi 2014 2015

Permohonan yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


KEMASKINI PERMOHONAN

Pemohon boleh mengemaskini maklumat permohonan melalui halaman Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi. Maklumat permohonan hanya boleh dikemaskini sebanyak 3 kali sahaja.


SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon boleh membuat semakan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak dengan melayari laman web  Semakan Permohonan Program Matrikulasi.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan keputusan permohonan matrikulasi boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak.


RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat dalam masa dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.


SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar hendaklah mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej matrikulasi yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) di nombor telefon 03-88844083.

2 comments

titan

titan

05 Julai, 2013 22:22
teringat masa masuk matrik dulu.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel