Hafizh Syahrin Juara di Indianapolis

|  0 comments

Indianapolis, Indiana (18 Ogos 2013) - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah #55 sekali lagi membanggakan Malaysia kerana menaiki podium untuk perlumbaan AMA Pro Vance & Hines Harley-Davidson Series di Grand Prix Indianapolis Amerika Syarikat buat kali kedua.

Kalau semalam (Race 1) dia menduduki tempat ketiga, hari ini (Race 2) beliau menduduki tempat pertama dengan menewaskan pendahulu kejohanan Steve Rapp dengan hanya 0.060 saat.

Hafizh Syahrin menang di Indianapolis 1

Hafizh Syahrin ternyata hebat kerana dapat menyesuaikan diri dengan motorsikal bersaiz besar yang belum pernah beliau tunggangi sebelum ini iaitu Harley-Davidson XR1200.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel