Sub modul "Malaysia Berdaulat" Dan "Klik Bijak@PLKN" Untuk PLKN

|  1 comments

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan dua sub modul baharu untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Januari 2014. Dua sub modul tersebut ialah "Malaysia Berdaulat" yang menjadi sebahagian daripada Modul Kenegaraan, dan "Klik Bijak@PLKN" yang ditambah ke dalam Modul Pembinaan Karakter.

  • Pengenalan sub modul "Malaysia Berdaulat" bertitik tolak daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Ia bertujuan untuk meningkatkan jati diri dan semangat patriotisme pelatih serta menberi kefahaman mengenai asas kedaulatan negara. PLKN

  • Sub modul "Klik Bijak@PLKN" pula bertujuan untuk mendidik pelatih PLKN menggunakan internet dan media sosial dengan bijak, selamat dan beretika. Ia juga bertujuan untuk menangani sifat benci kepada kerajaan yang disebar melalui internet dan media sosial.

    Sub modul yang dibangunkan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini turut mengandungi pendidikan mengenai penyalahgunaan internet dan media sosial serta akta dan penguatkuasaan yang berkaitan.

Tahukah anda semakan PLKN boleh dibuat secara online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon?

1 comments

waiman takwa

waiman takwa

06 Oktober, 2013 13:44
Alhamdulillah, semoga kandungan PLKN sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel