Jalan-jalan Taiping: Part 1

|  0 comments

Beberapa hari lepas kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Taiping, Perak. Hajat di hati nak melawat Galeri Arkeologi Lenggong, Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Muzium Perak, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Kota Ngah Ibrahim dan makan mee udang di Kuala Sepetang.

Kami tak bawa peta atau GPS navigation untuk trip ini. Sebagai alternatif dua tiga hari sebelum trip saya dah browse peta Taiping menggunakan Google Maps smartphone. Saya star-kan tempat-tempat yang hendak dilawati dan zoom in  tempat-tempat tersebut serta jalan-jalan yang akan dilalui supaya ia tersimpan di dalam cache telefon. Jadi tak perlulah ada WiFi atau talian internet bila saya nak tengok balik peta tersebut semasa dalam perjalanan atau bila sampai Taiping nanti.

Perjalanan bermula jam lapan pagi hari Jumaat dari Kota Bharu. Kami singgah di Machang ambil anak saudara, dan bertolak dari sana sekitar jam 9:30 pagi selepas sarapan. Kami menggunakan laluan Jeli - Grik - Kuala Kangsar - Taiping.

Dalam perjalanan kami singgah sekejap di Hentian Rehat Titiwangsa (koordinat GPS 5 36.384N 101 32.569E), cuacanya berkabus, sejuk dan nyaman macam di Cameron Highlands.

hentian rehat titiwangsa

Pemandangan dari Hentian Rehat Titiwangsa

Perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar dan kami akan ke Taiping selepas itu. Rancangan asal kami untuk singgah di Galeri Arkeologi Lenggong untuk ziarah Perak Man kami tangguhkan dulu kerana kami sampai di Lenggong sekitar pukul 1 (galeri di tutup dari pukul 12:00 - 3:00 petang pada hari Jumaat). Kami akan singgah semasa perjalanan pulang nanti.

bersambung...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel